Skip to main content

KEMBARA KETIGA part 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Allah beri peluang utk saya bermusafir lagi.Kembara kali ini bersama teman2 debat Arab USIM yang dikasihi diiringi jurulatih kami,Ustaz Ahmad Norsyafwan.

Program Rehlah Debat Arab ke Pantai Timur adalah cetusan idea daripada Ustz sendiri yg ingin memperkasakan lagi debat bahasa Arab seterusnya menggilap kemahiran debat dalam kalangan pelapis pendebat yang baru.

Alhamdulillah,selesai pembentangan oleh saya sendiri dan beberapa teman debat,program kami diluluskan setelah beberapa kali pindaan dibuat dalam kertas kerja.Hampir saya lelah dengan turun naik pejabat HEP dan urusan yg perlu diselesaikan untuk kemudahan program,I am almost give up.Tapi berbekalkn semangat juang untuk lihat adik2 baru gilap bakat dan meneruskan legasi debat arab USIM yg gemilang serta semangat daripada senior yg sy segani lagi disayangi Kak Anis Amirah,we did our best for this event.Takkan saya lupa juga pada yg lain2 turut menyumbang utk kelancaran program ini.

Semalam semua berkumpul di HEP  sebelum bertolak.Kami singgah di Hentian Gua Musang untuk mandi,dan makan.

Kami solat di Masjid Sultan Ahmad.Syahdu,sayu,rindu pada suasana hati tenteram dgn berada di masjid.Alunan Surah As Sajdah berkumandang di masjid.Basah mata ini pabila Imam membacakan ayat firman Allah bahawa akn dipenuhi neraka dgn Jin dan manusia.

Allahu..

Moga kita sentiasa dalam fitrah mengharap ampunan Nya,utk ke syurgaNya.

Di masjid saya berpeluang duduk sebelah seorang nenek.Terkenang zaman arwah nenek belah abah masih ada.Dulu2 selalu terawih ikut nenek.Rindu lagi...

Saya sapa nenek yg duduk sebelah saya.

Nenek cerita:

"Mok ni tuo doh.Tok cekat loni"

Maksudnya,nenek ni tua dah.Tak larat dah.

Saya ukir senyuman sebaris di wajah.Dalam hati,Ya Rabb yg tua pun gagahkan diri ke masjid memghadapkan diri padaMu.Inikan pula aku yg masih muda.Wahai jiwa,semai la cinta pada tuhan,selagi masih diberi peluang utk hidup.

Sekarang otw ke Rantau Panjang.To be continued...

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...