Skip to main content

Maal Hijrah 1437H

ALHAMDULILLAH

  Hari ini saya ingin kongsikan baaanyak cerita tentang Maal Hijrah yang saya raikan baru2 ini.Alhamdulillah masih bernafas di tahun baru 1437H ini,moga2 thn ini lebih baik berbanding tahun yang lalu.Sebenarnya saya baru balik dari latihan debat bersama adik2 Tahun 1 yang bakal menyertai Pertandingan Debat Persahabatan mewakili USIM pada 31 Okt 2015.Seronok tengok lapisan adik2 baru sebab saya dapat refleksi diri saya yang dahulu.Betapa penting dan Doruroh(perlu) ada generasi baru bagi masa akan datang.Al maklum sekarang saya dah Tahun 3,jadi kena ada generasi baru yang meneruskan Hammasah Debat Arab ini.Saya sayang family debat arab saya.Kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja kan...dalam berbakti,ikhlaskan hati,moga Allah reda.

  Jadual saya hari ni padat sangat,bermula seawal 8 pagi saya dah bergegas ke bangunan Hal Ehwal Pelajar(HEP) untuk tempah bilik latihan debat.Kelas saya pagi ini bermula pukul 9.00 pagi.Saya berlari ke HEP.Fuhhh..pagi2 lagi kira dah joging la ni..Kemudian urusan tempahan selesai.Alhamdulillah....Masa sampai bilik revise sekejap utk subjek Math Stat ade Test kul 2pm.Hari ini lecture padat.Dari kul 9.00-11.00am lecture Econometrics then 11.00-1.00pm lecture Investment.Test Math Stat 2.00-4.00pm.Selepas selesai kelas saya kembali ke HEP utk latihan debat bersama adik2..tp mereka datang lambat.Mujurlah bersama saya ada buku2 teks yang saya boleh baca sementara menunggu.Masa bagaikan pedang,andai tak dimanfaatkan sebaiknya bagaikan di belah diri dengan bilah nya yang tajam.Kemudian,jam 12.30 am tgh malam baru pulang ke kolej kediaman.Padat masa dengan sibukkan diri.Sebenarnya saya memang suka sibukkan diri supaya probability utk saya luangkan masa dgn perkara yg tak bermanfaat itu sangat kecil.huhu..

  Berbalik kepada perkara yang nak dicoretkan mlm ini,Pra Maal Hijrah 1437H,bermula dengan latihan debat utk Maal Hijrah Arabic Debate 1437H di IIUM.



Latihan debat di Bilik Kelab Debat USIM





Team USIM (A):Kamelia,Adam,Muzakkir beserta Ayusha



Team USIM (B):Syafiq,Kak Nisa,Kak Anis beserta Kak Amirah



Team USIM(C):Kak Akma,Saya,Kak Azreen beserta Adly

USIM hantar 3 team.Team B berjaya mara ke Final*tepukan gemuruh...

Team USIM B vs UIA B

Team USIM mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Debat Maal Hijrah kali ke-3 anjuran IIUM.Tahniah kpd pasukan UIA yang berjaya bawa pulang piala pusingan.Dear USIMians,we try harder next tournament guys.



Alhamdulillah

Perjalanan debat masih perlu diteruskan.Nantikan Debat MAWADDAH,debat Arab persahabatan anjuran USIM kali kedua.



Musyawarah Debat MAWADDAH

Pada 9Muharram,luangkan masa bersama sahabat.Iftar Jamaie di KFC.hee..


with Kak Miza,Khaulah,me and Hajar


Maal Hijrah detik permulaan juga buat saya dengan taklifan sebagai Exco Pengurusan Pertandingan Kelab Debat pada tarikh 24 Okt 2015.Doakan diri ini boleh jayakan tugas sebaiknya.


Penyerahan watikah perlantikan oleh Encik Zaini sebagai Penasihat Kelab Debat


Bersama barisan Kepimpinan Kelab Debat USIM sesi 2015/2016.

Selesai Majlis watikah,saya bergegas pulang ke rumah.Rindu tak tertanggung kat family...Singgah kat Parkson beli hadiah baju untuk birthday abah yang dah lepas,9 OKT...Mula2 rasa janggal sebab dah la sorang2 nk shopping,pastu cari baju kat area baju lelaki.Tapi redah je...Mujur abah suka baju tu.Perasaan ini la kut yang abah rasa masa belikan baju untuk anak2(saya dan adik2 la)...Perasaan gembira.. :) Thats all for today.








Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.