Skip to main content

BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

ALHAMDULILLAH

  Sampai sekarang saya masih setia dengan bidang yang dipelajari sekarang.Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko.Sebenarnya kan,masa mula2 masuk degree,sahabat saya yang merupakan roomate masa Tamhidi dulu,Aishah Mohd ajak saya sambung bidang kejuruteraan sebab dia dapat bidang tu.Tapi dalam fikiran saya,nanti mesti kena banyak faham konsep fizik.Saya ni kurang minat subjek fizik.Maka saya tolak pelawaan Aishah.Sorry Aishah..But this is the best for us.

  Masa minggu pertama sampai KK1 untuk SEM 5,saya pergi bilik Aishah,kami berjiran lagi.And we had a looong chat together.Kitorang duk bercerita la pasal berapa subjek untuk sem ni,pastu sampai satu saat tu kitorang sembang tentang semua subjek yang dipelajari walaupun banyak tapi sangat penting sebagai asas kepada bidang kerjaya masing2 nanti.Daripada sem 1 sampai sem 4 memang ada kaitannya yang perlu diaplikasikan untuk pembelajaran sem 5 ni.

  Patut la ada senior cakap "Nanti korang dah tahun 3 korang nampak la bidang ni macam mana sebenarnya".Its true..now I realised it,Kak Fatin Umirah.Hmmm..Kak Fatin dah nk grad...bestnya.Ada saya pernah tanya sorang lagi senior tahun 4,Safwan Hamdy pasal subjek Calculus.Masa tu saya Tahun 2."Tu subjek basic je..Probability,Statistics,Linear Algebra and so on"Time tu dalam hati saya,oh myyy,saya rasa subjek tu dah susah..Then I realized whoaa Actuary ni susah.Tapi kan...hmmm..nak jadi berjaya mana boleh putus asa..Lejen mana boleh putus asa#quote budaktomato.

  Saya renung kembali perjalanan hidup.Ehem...saya bukan budak genius.Masa kecil2 dulu Umi selalu push untuk buat latihan ,siapkan kerja sekolah,rajin baca buku.Abah pula selalu reward dengan hadiah time birthday dan bagi semangat time exam.So,bila dapat no 1 dalam kelas tu,memang dengan usaha lah.Tiada kejayaan yang datang bergolek.

  Keyakinan diri yang saya ada sekarang pun dengan permulaan yang sampai sekarang takkan saya lupa.Masa umur 6 tahun,ustazah di tadika latih saya untuk bernasyid sbg persembahan Hari Kecemerlangan Tadika.Saya simpan lg tau gambar pegang mikrofon.Memang sangat berdebar masa tu.First time perform depan public..Dari situ lah,saya menggiatkan diri dengan pertandingan nasyid di sekolah rendah.Pernah sekali tu,ada majlis di Masjid Bukit Naga,kitorang buat persembahan sempena Hari Raya.Best....sebab satu pengalaman baru buat saya yang berusia 12 tahun ketika itu.Dan sampai hari ni saya suka mikrofon.hee...


Jadi speaker untuk sesi taklimat Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko di i-FeST'15 USIM

Alhamdulillah dapat peluang utk share ttg aktuari kpd adik2 sekolah menengah yang hadir.Saya suka share experience..Thats all for today,tonight I have MATH STATISTICS lecture.


Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.