Skip to main content

KASIH SAYANG PENGHUBUNG HATI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah,saya ingin mengambil kesempatan waktu untuk bercerita tentang kasih sayang.Di usia remaja ini,kita pasti tak dapat lari drpd perkataan CINTA.Media massa pula zaman kini kerap memaparkan isu tentang cinta.Namun istilah cinta ini ada banyak maknanya.Mungkin cinta pada alam sekitar,cinta pada sahabat baik,cinta pada negara,cinta pada ahli keluarga,dan yang paling dituntut atas umat Islam adalah cinta pada Allah dan Rasulullah S.A.W.

   Demi cinta,manusia sanggup berkorban.Demi cinta rasulullah pada umat,baginda seringkali mendoakan kebaikan untuk umat.Jiwa yang dapat merasakan kasih sayang murni rasulullah pasti mengalirkan air mata  tatkala menonton cerita 'Lau Kaana Bainana'(andai Rasulullah masih ada di sisi) dan rancangan 'Fattabiouni'(maka ikutlah aku).Dlm 'Lau Kaana Bainana' mengingatkan kita untuk mempratikkan gaya hidup yg Islamik berdasarkan sunnah dlm amalan seharian.Manakala 'Fattabiouni' pula adalah rancangan yang membicarakan tentang sunnah rasulullah semasa di zaman baginda.Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad...

      Bercerita tentang kasih sayang mengingatkan saya kepada seorang sahabat sewaktu di alam sekolah menengah.Dia berkongsi pandangannya bahawa setiap wanita punyai perasaan kasih sayang yang tak terkira.Meskipun begitu,kasih sayang itu haruslah disebarkan hanya kepada yang berhak.Sebagai contoh,ibubapa,adik-beradik,sahabat2,guru2 serta saudara mara.Jangan kita tumpukan kasih sayang itu kpd yg tiada hak untuk memilikinya khususnya teman lelaki.Al maklum lah,masa tu semua dah form 5,jadi masing2 sudah ada pilihan hati.Cuma kita masih perlu diingatkan agar menjaga hak2 yg sepatutnya agar kita tak tergolong dalam kelalaian.Pernah ketika itu,umi saya berpesan "perjalanan hidup masih jauh"...sungguh mendalam kata2 itu.Ia menjadi inspirasi buat aku fokus belajar..Syukran ya ummi:)

   PERJALANAN KITA MASIH JAUH..

JALANAN BERLIKU BAKAL KITA TEMPUH...

INGATLAH KENANGAN SEMALAM..

JADI AZIMAT PENGUAT SEMANGAT...

MENEMPUH MASA HADAPAN..

HARAPANKU KAU KAN BAHAGIA SELALU.


Salam Aidiladha,moga kita sanggup berkorban demi Islam.Bagaimana mahu berkorban?Dengan kasih sayang sesama saudara Islam yg lain.Hingga hati antara umat Islam bertaut kerana kasih itu.Lalu,dgn mudah diri ini melaksanakan suatu pengorbanan yg menuntut kesabaran yg tinggi.











Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.