Skip to main content

Posts

TERUSKAN JATUH CINTA

Tajuk tulisan bukan main lagi jiwang kan =P Teruskan jatuh cinta.. Jatuh cinta ini adalah perbuatan yang melibatkan perasaan dua insan Jadi untuk terus jatuh cinta kenalah ada usaha kan... Sepanjang kuarantin ni saya cuba habiskan buku tajuk The 40 Rules of Love by Elif Shafak. Buku ini mengisahkan kasih sepasang sahabat Rumi dan Shams. Saya dulu ingatkan Shams ni perempuan tapi rupanya lelaki. Beliau inspirasi puisi Jalaluddin Rumi. Elif Shafak adalah penulis Turki yang terkenal tau. Dalam novel itu juga terselit kisah seorang suri rumah yang umur 40 tahun struggle dengan rumah tangga. Dia ada keluarga lengkap tapi jiwa rasa tak bahagia. Suami dia tidak lagi tunjukkan kasih sayang. Padahal sebagai isteri dia masih mahu dicintai. Best novel tu..saya ada 40 muka surat lagi nak habiskan. Kisah rumah tangga ini misteri kan. Allah jaga jodoh kita penuh rahsia supaya kita usaha doa moga dapat jodoh terbaik. Bermula dengan cinta dan di pertengahan bahtera rumah tangga akan ada...

CORONA VIRUS YANG MENGANCAM NYAWA

Assalamualaikum Lama tak berkarya di laman blog Kali ini bukan masa yang jadi penghalang Tapi mood nak menulis yillek. Haha So kita kena cantas mood itu supaya kita rajin menulis dan kongsi pengalaman hidup. Alhamdulillah saya baik2 sahaja #stayAtHome #staySafe Begitulah hash tag yang popular sekarang sebab satu dunia kini ditimpa wabak Corona Virus. Wabak yang merebak melalui sentuhan. Wabak yang mula berlaku di China. Pada mulanya ingatkan Malaysia terselamat tetapi benda merebak ini memang cepat berleluasa bila orang pandang remeh. Puncanya ada orang yang kena positif kerana pergerakan keluar negara dan telah menjangkiti orang sekeliling. Berikut adalah statistik terkini kes wabak Corona Virus yang juga dikenali penyakit Covid19. Dahsyatkan bila tengok kes keseluruhan terkini dah mencecah 2766. Hari ini merupakan hari terakhir fasa pertama perintah kawalan pergerakan iaitu hari ke14. Lagi berbaki 14 hari gaiss.. Sehingga 14 Apr 2020.Moga kes ini makin reda.. ...

TAHUN BARU 2020 MULAKAN WAWASAN BARU

Alhamdulillah Memasuki tahun 2020 dengan wawasan baru untuk jadi insan lebih baikkk Leya kena mantapkn jati diri bersemangat waja untuk baiki diri dan bersedia jadi lebih baik. 2019 telah melabuhkan tirai dengan banyak moment indah. Paling sis ssh move on adalah part dapat jejak kaki di Kota Constantinople. #IstanbulAkuTelahDatang #PotoTravel Dan banyak lagi kenangan di Turki tapi mungkin akan dicoretkan di lain masa.Hehe This year is gonna be the beginning of the best year.  Yeahhh...InshaAllah  Just do ur best. Aris Adik bongsu kesayangan dah selamat masuk asrama.Dia dapat tawaran ke MRSM Muadzam Shah.Moga Allah mudahkn urusan adik belajar kat sana.Adik belajar berdikari la tuuuu =P

4 HARI 3 MALAM MEDAN

Alhamdulillah Pada 11-14 Jul 2019 saya telah menggalas tugas membawa kumpulan travel ke Medan. Pakej 4 Hari 3 Malam bersama kumpulan Felcra Bahau amat bermakna.Terima kasih Kak Izan aka Puan Zalani selaku wakil dari persatuan kerana memilih pakej Poto Travel. Di sini saya abadikan memori percutian kami.

HARI PERTUNANGAN

Alhamdulillah Selesai sudah majlis pertunangan antara saya dan calon suami (my Special1). Kami buat majlis sederhana dan jemput ahli keluarga terdekat sahaja. Berkat doa umi abah saya dan restu mereka berdua majlis berjalan lancar. Saya niatkan majlis ini untuk satukan ahli keluarga dan keluarga baru.Bukan selalu dapat kumpul ramai2. Mini pelamin adalah DIY buat sendiri je gaisss...hasil kreativiti umi tersayang. Hantaran dari pihak lelaki ada 7 maka berbalas 9. Meriah macam dah kahwin je...Saba Leya >_< Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Teruskan doa agar ikatan ini kekal hingga akhir hayat. Btw..umi kitee nangis..sbb abah yg jd jurucakap...abah ckp dgn nada sungguh syahdu smp ain nangis..pastu umi plak nangis...Sis control ayu..hihi. Almaklum la mekap nak kna jaga..Thanks a lot to my sisterrrr...Akma Ramli sbb jadi jurumekap...Produk semua Mary Kay tau. Natural beauty with Mary Kay..Sape nak boleh follow Akma Ramli di FB atau Akma Carly di Insta.Done...