Skip to main content

Posts

PENCINTA ILMU

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM. Alhamdulillah,pada permulaan cuti study week dapat saya luangkan bersama keluarga di rumah.Saya berpeluang ke pesta buku karangkraf yang diadakan berdekatan Pasaraya Ole-Ole,Seksyen 18.Dua kali saya ulang mengelilingi setiap meja yang mempamerkan buku2 jualan.Saya begitu terpesona dengan lautan ilmu yg ada dlm setiap buku.Tak lupa juga novel2 yg ade.Hmmm..mengenangkan diri saya yang masih lagi bergelar pelajar dan belum bekerjaya,maka tidaklah sewenang-wenangnya saya berbelanja.Antara beribu-ribu buku yang ada,hanya satu yang menarik hati. Imam Syafie,Pejuang Kebenaran. Itulah judul buku yang saya beli.Buku keluaran PTS,ditulis oleh Abdul Latip Talib.Xtually dah lama saya teringin memiliki buku ini.Alhamdulillah Allah permudahkan hajat saya ini. Sinopsis: Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari Bani Mu...

Lawatan Mahabbah Darul Aytam

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.. Alhamdulillah,kali ni saya berpeluang tuk melakar sedikit kalam tentang Projek akhir yang telah dilaksanakan. Saya memilih kursus debat bahasa arab sebagai aktiviti kokurikulum.First come,first serve.Untuk berjaya tersenarai dalam aktiviti yang kalian minat,so time registration kena cepat2.Registration boleh dibuat melalui online. Bercerita al-kisah projek akhir.. Mula2 kitorang plan nak buat pertandingan debat arab antara universiti.Kami sasarkan untuk menjemput pelajar tahun  satu sebagai peserta.Namun kertas kerja kami ditolak.Hal demikian berikutan anggaran perbelanjaan kami yang besar dan pihak ppki tidak membenarkan projek akhir berbentuk pertandingan. Maka ustaz zaharuddin,menyarankan kami untuk memikirkan suatu projek yang dirancang pada hari ini dan seakan-akan terus boleh dilaksanakan keesokan hari.Projek akhir mestilah bertemakan melestarikan kehijauan alam dan khidmat komuniti. Maka terhasil suatu kertas kerja berupa sedemikian: ...

JADILAH YG LUAR BIASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.     Alhamdulillah,dapat saya luangkan sebahagian masa emas untuk secebis perkongsian dengan perkara2 yang telah saya lalui.   Petang SELASA bertarikh 19 November  selesai ujian untuk subjek mikroekonomi.Soalan berbentuk objektif dan subjektif.Soalan objektif ada 20 soalan manakala,soalan subjektif ada 7 soalan.*MACAM SIKIT JE 2X :) setiap satu soalan subjektif ada beberapa soalan lagi.hmm..mcm jawab paper Bio waktu sekolah menengah dulu.ada cerita di sebalik pernyataan tadi...sebenarnya  masa belajar mikroekonomi,saya akan teringat pada subjek Biologi.Ada supply and demand graf yg berbentuk tangga.Serupa mcm graf untuk proses ecdysis dlm subjek Biologi.Tambahan pula,subjek mikroekonomi ni juga subjek yg perlukan kepada pembacaan.Maksudnya,mcm biologi jugakla..kena baca,so barulah kita dapat faham.Insya Allah..exam tadi selama 2jam.Suatu tempoh masa yang panjang,tapi cukup2 je untuk saya habiskan jawapan.Coz kebanyakan soal...

KASIH SAYANG PENGHUBUNG HATI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Alhamdulillah,saya ingin mengambil kesempatan waktu untuk bercerita tentang kasih sayang.Di usia remaja ini,kita pasti tak dapat lari drpd perkataan CINTA.Media massa pula zaman kini kerap memaparkan isu tentang cinta.Namun istilah cinta ini ada banyak maknanya.Mungkin cinta pada alam sekitar,cinta pada sahabat baik,cinta pada negara,cinta pada ahli keluarga,dan yang paling dituntut atas umat Islam adalah cinta pada Allah dan Rasulullah S.A.W.    Demi cinta,manusia sanggup berkorban.Demi cinta rasulullah pada umat,baginda seringkali mendoakan kebaikan untuk umat.Jiwa yang dapat merasakan kasih sayang murni rasulullah pasti mengalirkan air mata  tatkala menonton cerita 'Lau Kaana Bainana'(andai Rasulullah masih ada di sisi) dan rancangan 'Fattabiouni'(maka ikutlah aku).Dlm 'Lau Kaana Bainana' mengingatkan kita untuk mempratikkan gaya hidup yg Islamik berdasarkan sunnah dlm amalan seharian.Manakala 'Fattabiouni' pula adalah ran...

KEEP CALM AND MANAGE RISK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Alhamdulillah,saya selamat tiba di rumah semalam.Untuk bersama dgn keluarga tersayang menyambut Aidiladha pada hari Selasa minggu hadapan.Seronok sgt bila dapat kembali bertemu dgn insan yang sayangkan kita.Mungkin akn lebih berganda seronok itu bila kita kelak di akhirat sana dipertemukan dgn insan yg mencintai kita tanpa pernah melihat diri kita,iaitu Rasulullah S.A.W..ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD..   Ukhwah persaudaraan dalam Islam sgt indah.Dgn pertalian ukhwah inilah,seseorang mampu berkorban dan lakukan apa sahaja demi kepentingan saudaranya itu.Ini mengingatkan saya ttg kisah antara kaum Muhajirin dan Ansar.Sahabat2 sekalian,sirah dalam Islam bukan sahaja tatapan sewaktu pembelajaran kita di sekolah rendah dan menengah..tapi adalah pengajaran bermakna dalam kehidupan kita seharian jua.So,sama2 lah kita aplikasikan dalam kehidupan..Baru2 ni,hmm..hujung minggu lepas lah,spesifiknya..sy dan semua mahasiswa serta mahasiswi Sains Aktuari te...

LIFE IS ALL ABOUT CHOICE.

Bismillahirrahmanirrahim. LIFE IS ALL ABOUT CHOICE...itulah yg menjadi ungkapan seorang senior yg berkongsi pengalamannya semasa minggu orientasi.Minggu orientasi di USIM sesi 2013/2014 berlangsung selama tiga hari sahaja.Kemudian,setiap siswa dan siswi perlu hadirkan diri ke  LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME.   Orientasi diadakan di Stadium Tertutup Nilai.Alhamdulillah semua berjalan lancar.Mahasiswi dan mahasiswa perlulah datang awal semasa pendaftaran untuk mendapatkan tempat kediaman yg strategik;tingkat satu.Oleh sebab saya datang sedikit lambat berbanding orang lain,maka saya ditempatkan di tingkat empat.huhu.   Menurut kak Juliana selaku panel pertama,menekankan byk kali istilah 'yes or no' dan 'take it or leave it'..memang btul..akn ada situasi yg menyebabkn kita dlm dilema..so,kta kna bijak membuat pilihan dan bertawakkal agar pilihan yg kita buat adalah yg terbaik..   Language Support Programme in USIM consists of two;ALSP(Arabic) and ELSP(English).It was...

SESUCI LEBARAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SALAM LEBARAN.Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa Allah memberi peluang buat umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pada hari raya lah kita berpeluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara mara,jiran dan sahabat2. INDAHNYA ISLAM...Itu yg dapat saya ungkapkan kerana di pagi raya umat Islam bersama menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.Kemudian diteruskan dengan saling bersalaman beserta ucapan maaf zahir dan batin.Sejurus itu,saling mengunjungi rumah saudara mara yg sudah lama tak bersua.Lebih2 lagi saya anak pantai timur yg menetap di Shah Alam.Gembira sangat dpt bertemu dgn semua sanak saudara yg ada pertalian darah... SAUDARA...mungkin ada yg terlupa...maka perlu diingatkan..sesungguhnya semua umat Islam itu adalah bersaudara.Jangan lupa teman2 sekalian untuk mendoakan saudara2 seIslam kita yg ditindas oleh musuh2 Islam.Khususnya di Mesir,Palestin dan Syria,serta seluruh pelosok dunia.SEKIAN.