Skip to main content

PENCINTA ILMU

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.

Alhamdulillah,pada permulaan cuti study week dapat saya luangkan bersama keluarga di rumah.Saya berpeluang ke pesta buku karangkraf yang diadakan berdekatan Pasaraya Ole-Ole,Seksyen 18.Dua kali saya ulang mengelilingi setiap meja yang mempamerkan buku2 jualan.Saya begitu terpesona dengan lautan ilmu yg ada dlm setiap buku.Tak lupa juga novel2 yg ade.Hmmm..mengenangkan diri saya yang masih lagi bergelar pelajar dan belum bekerjaya,maka tidaklah sewenang-wenangnya saya berbelanja.Antara beribu-ribu buku yang ada,hanya satu yang menarik hati.

Imam Syafie,Pejuang Kebenaran.

Itulah judul buku yang saya beli.Buku keluaran PTS,ditulis oleh Abdul Latip Talib.Xtually dah lama saya teringin memiliki buku ini.Alhamdulillah Allah permudahkan hajat saya ini.

Sinopsis:

  • Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.
  • Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari Bani Mutalib
  • Beliau dilahirkan di Kota Gaza,Palestin pada bulan Rejab 150H
Ada yg mengatakan pd malam beliau dilahirkn,Imam Abu Hanifah meninggal dunia.Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Syafie.

Kisah hidup beliau berkenaan dgn kesungguhannya dalam mencari ilmu sehingga merantau ke banyak tempat demi menuntut ilmu pengetahuan.Novel ini amat memberi inspirasi untuk kita jangan pernah lelah dalam menuntut ilmu dan sentiasa kita perlu tajdid niat iaitu perbaharui niat untuk benar2 fokus menuntut ilmu.Demi cintakan ilmu beliau merantau dgn restu ibunya yg rela tinggal bersendirian agar anaknya menjadi seorang ulama.

Antara pesanan Imam Syafie:
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat

Saya mula minat membaca sejarah tokoh Islam setelah seorang sahabat saya membuka minda saya untuk membaca kisah2 berkenaan.Pada mulanya saya memang suka ke pesta buku tapi sasaran utama adalah novel2.Suatu hari,saya post kat fb bahawa ada pesta buku PTS yang akn berlangsung.

"Jangan cari novel cinta je,belilah buku islamik,pasal tokoh2 Islam ke,tu lagi ok"

kemudian dia komen lagi

"contohnya:Salahuddin al Ayubi,Tariq bin Ziyad,Sultan Muhammad Al fateh"

pada waktu itu saya no comment.Sbb memang saya tak cakna dgn buku ilmiah sedemikian.Mulai detik itu saya berazam untuk membaca buku sejarah tokoh Islam.Alhamdulillah,saya bersyukur punyai sahabat yg baik tuk mengingatkan saya.Syukran sahabat,moga panjang umurmu kita bersua lagi.Jazakallah Khairon Katsiro..Bilamana kita membaca kisah tokoh2 Islam,jiwa kita kan merasai kegemilangan Islam yg begitu hebat pada zaman dahulu.Ini kan menjadi motivasi kita tuk menjadi muslim yg baik.Ayuh,jadi pencinta ilmu<3




Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.