Skip to main content

KISAH ABAH SAYA

Hari ini saya kongsikan kisah abah saya.

Sewaktu saya sedang dalam persiapan untuk kahwin, Allah uji abah dengan sakit mata. Abah tengah mesin rumput depan rumah, tiba-tiba ada batu kecil terkena mata abah. Kami igtkn hanya terkena, cuma terpelanting rupanya masuk sampai tembus ke dalam bebola mata. Sakitnya hanya abah yang rasa.

Masa di hospital, abah pesan kat saya "Takpe Kakya fokus persiapan untuk nak kahwin je. Nanti hari akad nikah abah boleh datang. Doktor kata lepas operate okay dah."

Dalam hati saya "Ya Allah, aku nak abah je jadi wali akad nikah nanti. Tapi jika ketentuanMu abah kena rehat masa itu, aku redha". Walaupun abah tgh sakit, abah xnak saya risaukan. Sebab hari besar saya akan lalui iaitu majlis akad nikah.

Alhamdulillah, Allah izin abah boleh hadirkan diri untuk nikahkan saya dengan pasangan. 27 tahun saya dalam jagaan abah kini abah amanahkan untuk dijaga suami. Masa nak nikahkan abah agak gugup tersasul nama saya Wan Nuraliya Binti Afifah. Haha...bila fikir balik mcm kelakar tapi bila muhasabah balik mesti sbb bkn mudah untuk melepaskan ank yg selalu ada depan mata selama ini bakal berjauhan untuk bina keluarga sendiri.

Mata abah sebelah memang tak boleh nampak langsung sehingga kini. Tapi abah sentiasa kuat. Abah sekarang aktif dengan kariah kat taman perumahan. Aktif masuk sukan, bowling, bola tampar dan golf. Alhamdulillah moga abah sentiasa ceria. You deserve all happiness abah...Selepas masa muda kerah tenaga besarkan anak2, kini abah ada masa untuk diri sendiri. Masa abah sakit, umi  la yg teman sy ke hulur ke hilir buat persiapan kahwin. Adik2 dan adik ipar bantu byk utk persiapan. Moga Allah balas kebaikan kalian. Tak lupa juga sepupu, Irah yang teman abah semasa di Hospital Selayang. Moga Allah mudahkan urusan Irah sentiasa. Alhamdulillah ala kulli hal..

Sekian, kisah abah saya <3

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...