Hari ini saya kongsikan kisah abah saya. Sewaktu saya sedang dalam persiapan untuk kahwin, Allah uji abah dengan sakit mata. Abah tengah mesin rumput depan rumah, tiba-tiba ada batu kecil terkena mata abah. Kami igtkn hanya terkena, cuma terpelanting rupanya masuk sampai tembus ke dalam bebola mata. Sakitnya hanya abah yang rasa. Masa di hospital, abah pesan kat saya "Takpe Kakya fokus persiapan untuk nak kahwin je. Nanti hari akad nikah abah boleh datang. Doktor kata lepas operate okay dah." Dalam hati saya "Ya Allah, aku nak abah je jadi wali akad nikah nanti. Tapi jika ketentuanMu abah kena rehat masa itu, aku redha". Walaupun abah tgh sakit, abah xnak saya risaukan. Sebab hari besar saya akan lalui iaitu majlis akad nikah. Alhamdulillah, Allah izin abah boleh hadirkan diri untuk nikahkan saya dengan pasangan. 27 tahun saya dalam jagaan abah kini abah amanahkan untuk dijaga suami. Masa nak nikahkan abah agak gugup tersasul nama saya Wan Nuraliya Binti Afifah. Hah...