Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

PERTAMA KALI KEMALANGAN

Kali pertama sepanjang memegang lesen memandu, saya terlibat dalam kemalangan.  Kemalangan di simpang lampu trafik yang tidak berfungsi. Masa saya nak membelok ke kanan ada kereta dari belah kiri nak masuk lorong sebelah saya. Selesai daripada kereta itu nak masuk, saya terus membelok. Rupanya ketika itu kereta dari belah kanan hendak jalan lurus sudah dekat sangat. Deganggggg..maka berlanggarlah. Saya tenang jer. Cuma benda first time nk kna handle jd suruh Yana call abah. Masa tu saya ambil Yana balik dari kerja. Pastu pemandu yg melanggar pun berhenti tepi jalan. Abah cakap tanya pemandu nak setel macam mana? Sbb kami masing2 kereta calar sikit.  Kuat jgk my viva Omel ni. Alhamdulillah saya dan Yana okey xde cedera. Kereta berlanggar di bahagian belah kanan belakang. Pemandu tersebut kata nak report polis untuk claim insurans. Kami saling bertukar no telefon dan dia snap gmbr ic serta lesen saya. Saya pun snap ic dan lesen dia. Dia pun ada hal katanya nak report...

TAHUN 2021 BERMULA

Alhamdulillah Telah berlalu bulan Januari 2021. Nampak sangat sibuk kan sebab dah masuk Februari baru boleh nak update. Hehe kena update yer sebab ini adalah bulan kesukaan saya aka bulan kelahiran saya. Saya baru sahaja selesai kontrak MyStep Personnel yang bermula pada 4 Jan 2021. Syukur pada awal tahun ada rezeki untuk kerja. Bila kerja ni rasa rutin harian sangat produktif. Tapi kerja kontrak kali ini hanya sebulan. Belum ada sebarang info bila akan disambung semula. Jadi sementara menunggu itu saya ada mohon jadi guru MARA. Alhamdulillah selesai jawab exam online cuma result belum dapat lagi. Nanti saya kongsikan perihal exam online itu di halaman akan datang..haha..sebab sekarang izinkan saya kongsi apa saya dah lalui untuk permulaan tahun baru ini. Permulaan tahun ini agak suram kerana negara Malaysia tercinta masih lagi dilanda virus Covid19. Ada vaksin sudah ditemukan tapi pelaksanaanya pada hujung bulan Feb dan secara berperingkat. Jadi sekarang negara kita masih lagi berPKP....