Skip to main content

MASAK LAKSA PENANG

Assalamualaikum

Lama tak menulis di laman ini. Hari ini saya nak share masakan laksa penang. Saya memang suka makan laksa. Tiap kali pergi pasar malam mesti cari laksa.


Okey gaiss menu adalah seperti berikut:
1) Ikan kembung
2) Bawang merah
3) Bawang putih
4) Bunga kantan
5) Daun kesum
6) Asam keping
7) Gula melaka
8) Belacan
9)Laksa
10) Timun
11) Kobis
12) Telur
13) Cili padi
14) Lengkuas
15) Kicap
16) Garam

Kita rebus ikan. Selesai rebus, isi ikan diambil untuk kisarkan.

Inilah bahan2 yang digunakan. Kita kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.

Selepas itu panaskan periuk. Masukkan bahan bawang kisar tu dan kacau2. Kemudian, masukkan cili giling. Kacau2 lama-lama dulu pastu baru letak bahan kisar ikan. 

Seterusnya, masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Letak gula melaka, letak belacan dan ketuk sikit lengkuas untuk dimasukkan. Umi ckp kena bubuh lengkuas sikit. Okey i follow umi. 

Then, letak garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Masa saya buat tu warna nya tak macam kat kedai. So kita tambah kicap haha. Sebab nak bagi nampak gelap sikit. (Suka hati je..asalkan rasa sedap) =P

Okey sambil2 tu boleh la rebus laksa. Laksa jenis yg saya beli tu rebus sampai mendidih air je dah siap. Then rebus telur pulak. Untuk hiasan, hirisan bawang, sayur kobis, timun dan telur yang dibelah.

Alhamdulillah sekeluarga berselera makan.

Laksa Penang is done... <3

Saya masak simple je. Sesiapa yang sudi untuk ikut resepi ini, dipersilakan :)

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.