Kalau perasan kan, tahun 2020 ni penulisan pada bulan ganjil sahaja. Haha bukan sengaja tapi secara begitu lah takdir tertulis gituh.. Sebab nak menulis sesuatu post pada pendapat saya, perlu ada mood dan ilham untuk menulis.
Bermula lah minggu pertama bagi bulan September. Semoga yang baik2 sahaja berlaku di bulan ini. Sebenarnya gaisss result interview Perangkaan dah keluar tapi saya nak kongsi berita itu di lain masa =P
Hari ini saya nak bercerita tentang buku berjudul You Are Loved ditulis oleh Ustaz Mizi Wahid. Buku ini tidaklah tebal tapi saya mengambil masa agak lama kerana ingin menghayati setiap bab yang ditulis. Buku ini dalam bahasa Inggeris tapi mudah difahami setiap baris.
Alkisahnya saya hendak beli buku lain dan terbeli buku ini sekali. Beli secara online memang menguji tahap shopping saya sebagai penggemar buku haha.
Masa saya beli buku ini sebab buku ini the latest dan lagi satu sebab tajuk buku ini best. Cover putih bukan fav saya sbb saya tahu sy ni bukan lah jenis yg pandai jaga buku...Guess what...apa yg sy risau terjadi juga..bawah buku tu ada terkena pen biru sbb aritu bawa balik kampung letak dalam beg. Rupanya pen tak tutup ada dalam beg tu. Maka sedikit comotla buku tu.
Okey sambung balik apa yang ada dalam buku tu...hihi.. Buku ini tertuju khas amat sesuai buat yg rasa broken, sedih dan rasa diri tak dihargai.
Buku ini menekankan kepentingan untuk kita sayang diri kita dulu. Kemudian, baru lah kita akan rasa lebih baik untuk sayang pada orang sekeliling kita, untuk sentiasa semangat. Dan You Are Loved by Allah Yang Maha Mengasihi. Kita sangat disayangi Allah. Dia lah yang menyediakan kita rezeki sejak kita lahir hingga kini. Yang Maha Esa sentiasa ada saat kita berasa takut, Dia lah Yang Melindungi.
Memang akan ada masa kita diuji, dan kepada Allah kita kembali. Sentiasa doa. Hari ini saya selesai baca buku ini. Rasa berat hati nak melepaskan halaman terakhir (Drama sgt>_<)
Ustaz Mizi Wahid menyelitkan ayat Al Quran dan hadith Rasulullah SAW serta kisah teladan dari sahabat Ustaz sendiri. Setiap orang yang nampak bahagia tapi di saat dia masih dihantui oleh masa silamnya, kesilapan zaman dulu yang sering bermain di fikiran jadi hidup dia tak tenang. Maka maafkan diri sendiri. Mula kan dengan analisa diri sendiri dan kembali kepada Allah. Allah akan bukakan jalan untuk kita hadapi apa-apa pun kerana Allah sayang kita.
Dan saya pun ada masa down yg bila kita teringat balik jadi muhasabah diri apa tak kena dengan aku? Tapi pemikiran macam itu akan hanya mengundang perasaan negatif. Sebaliknya terus perbaiki diri. Bayangkan bahawa hari terbaik kita belum ada pada masa lalu, jadi kita kena bersabar dan berusaha untuk dapatkan hari terbaik yang akan datang. Saya suka tengok youtube channel Ustaz Nouman Ali Khan, Ustaz Hannan Attaki dan ada beberapa lagi. Ceramah agama yang boleh menaikkan semangat lagi.
Ustaz Hannan kata, "Ada kata Ulama, setiap yang pergi dari dunia ini tidak akan kembali kecuali doa. Doa akan kembali kepada sang peminta". Allah Yang Maha Mendengar akan memakbulkan doa hambaNya. Teruskan berdoa yang baik2.
Comments
Post a Comment