Skip to main content

PENGALAMAN BERHARGA NAIK STARCRUISE GEMINI

Alhamdulillah

Tercapai suatu keinginan yang sebenarnya tak tercatat pun dalam wish list to do 2019.Nothing impossible when Allah gives you the opportunity.Saya dapat peluang naik Starcruise Gemini dari Port Klang pada 1 Apr 2019.Mula2 terfikir jgk acano nk pi sana dari Kuantan.Mujur Najihah aka Koi dan Aina Wahid sudi bantu tumpang tido satu malam kt umah sewa diorg.Thanks buddies.

So lets start for the first day itinerary.Hari pertama check in di Boustead Cruise Centre.Berkumpul di sana dengan beberapa ahli travel agen yang lain.Dari team Poto Travel ada 4 org shj termasuk saya.Kami terlibat dalam Fam Trip.Satu program untuk merasai pengalaman cruise dan belajar terperinci serta mempromosi pakej Genting Dream Cruise.

Ok lepas selesai check in, setiap org akn dapat access card.Nak masuk cabin kna tap card tu,nak pergi mkn kena swipe card tu,nak beli barang pn swipe card tu.Nnt at the last day waktu check out dapat bil dan kena setelkan bayaran guysss.

Setiba di atas kapal saya dapat tentatif events untuk hari pertama.Setiap hari cruise akan provide tentatif.Dari situ la kita boleh tahu pukul berapa start lunch,restoran buka pukul berapa,restoran yang mana available untuk makan,pukul berapa cinema,pukul berapa performance.All complete there.Masa tu kita akan jadi si pembaca yang rajin nak study tentatif.Haha



Jadi semangat nak masuk kabin.Saya dapat kabin Oceanview Stateroom with window. Partner cabin saya Kak Diyana dari Poto Travel juga. Usai masuk bilik keluar pergi lunch kemudian jalan2 sekitar kapal.Tudiaaaa hari pertama dah tour atas kapal.Ye la mcm2 ado.












Angin bertiup nyaman di deck atas sekali.

Perjalanan Cruise menuju ke Phuket. Hari kedua baru sampai Phuket. Internet memang xdpt la waktu cruise dah masuk sempadan. Sesiapa yang subscribe wifi atas kapal untunglaaa..Sebab wifi tu tak include dalam pakej.Kalau nak, kena add on.

Setiba di Phuket, kami kena berkumpul di hall Stardust untuk ambil giliran naik bot transfer.Kapasiti satu boat tu boleh muat around 250 orang sahaja.Jadi siapa cepat dia dapat naik bot dulu. Setiba di jeti tu nanti ada banyak taxi dan tuk tuk yang standby nak bawa pelancong. Harga tu boleh negotiate smp harga berbaloi.Saya dan kawan2 jalan kaki sajor.Sebab dekat je kedai souvenir dan shopping mall.Saya memang aim nak pekena tomyam Ori dari Thailand.Aroyyy mak mak...sedap ngat.Xkisah pun walau harga a bit mahal sbb mkn kt food court.Food court dlm mall tu halal jadi diyakini la.

Dapat tgk the whole kapal waktu naik bot transfer ke jeti.So beautiful

                  Jungceylon Mall di Phuket.



Dahaga uolsss.

Perghhh tom yam semangkuk penuh



Cuba cari logo Phuket.Haha


Balik kitorg xsanggup jalan kaki semula ke Cruise.Jadi kitorg sharing naik van tuk tuk.Sharing is caring.Gittew.

Selamat jalan Thailand.Babaiii


Tibalah hari ketiga menuju ke Penang.Hai mami jarum alahai mami jarum.Hehe.Cheq excited nak pi Penang lagi.Dulu pernah sampai waktu form 4.Loni dapat explore lagi Penang memang syok baq hang..Naik bas rapid percuma jer.Saya pi Komtar.Rupanya dalam tu macam2 tarikan ada.














Hari terakhir di atas cruise barulah terasa cepatnya masa berlalu.Mula2 debor jugak sebab 3 malam tidur atas cruise duk fikir macam mana la nak survive.Kita tak boleh nak judge before experience it right.Atas kapal ada performance tiap malam for entertainment.Ada byk kemudahan boleh explore so takdela bosan.Its really good for an escape. Bebas drpd urusan dunia yang penuh masalah bila tgk view laut yang tenang.Subhanallah.. Pengalaman bersolat atas cruise terasa betapa Allah hamparkan daratan dan lautan untuk hambaNya.Bukankah kita diciptakan untuk mengabdikan diri padaNya.Muhasabah diri.Solat atas kapal kiblat sentiasa berubah arah.Jadi kena bawa kompas untuk solat =)







Pengalaman yang indah bilamana saya dapat nikmati juadah asean,western food secara buffet atas kapal.Semua sedap.Dahla lampu restoran ala-ala romantik gituh..Memang makan dengan senang hati.Alhamdulillah.Maaf, kerana muka happy di bawah yang over excited ngadap makanan.












Sup tomato.Nice to try


Usai sudah fam trip pada 1 April yang lalu.Terima kasih kepada teman sekumpulan yang sangat peramah dan sudi berkongsi ilmu bermanfaat berkenaan Cruise.Till we meet again.



Sesiapa yang nak rasa pengalaman naik cruise boleh cuba pakej Genting Dream Cruise.GDR ni adalah 2 kali ganda lagi besar daripada kapal Gemini yang saya naik.Feel free to roger me kalau nak naik kapal GDR yer. 

Thanks for reading ;)

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)