Alhamdulillah Saya selamat daripada merempuh kereta kancil.Saya tidak menyedari bagaimana kereta kancil itu boleh wujud apabila saya ingin menukar lorong ke kiri. Sampai di tempat kerja..nafas masih tak seragam saya hembuskan..terngiang bunyi hon di pagi hari.Segera saya maklumkan kepada umi.Umi berpesan supaya lebih hati-hati selepas ini. Saya kongsi kan juga insiden itu dengan teman rapat saya.Dia berkata mungkin kereta itu di kedudukan blind spot.Sebab itu time bawa kete kena toleh jugak ke luar,dan tidak boleh berharap pada cermin sisi sahaja. Tenang sikit rasa gundah di hati bila masalah dapat dikongsi.Bersyukur saya dikurniakan teman rapat yang sudi mendengar. Masalah memang tidak wajar dipendam.Ia wajar dikongsi dan mencari solusi.Dan teman yang baik akan sentiasa memahami kerana itu sentiasa ada di sisi. Teman susah dan senang sukar dicari, Tiada pengganti, Sentiasa di sisi, Akan kujaga sepenuh hati.