Assalamualaikum. Saya ingin coretkan bicara saya dengan seorang yang baru dikenali dalam bas.Perjalanan bas dari TBS ke Kuantan menemukan saya dengan seorang yg berusia 30an.Dia yang memulakan bicara pada mulanya dengan bertanyakan kepada saya sama ada saya pelajar universiti atau sudah bekerja. Dia begitu pemurah untuk berkongsi pengalaman dan nasihat untuk alam kerjaya.Dia kini bekerja di Jabatan Pendidikan Negara bagi daerah Kuantan untuk unit perakaunan.Dia berkhidmat bagi Jabatan Perakaunan yang telah mengarah dia bagi bekerja di bahagian akaun JPN.Dia baru 3 tahun berkhidmat di Kuantan.Sebelum ini pernah bekerja di sektor swasta selama 10tahun. Saya bertanya apakah sebab berhenti bekerja.Dia maklumkan tentang kegawatan ekonomi masa kini yang ingin kurangkan kos dengan mengurangkan pekerja.Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan.Dia berkata tiga peringkat saringan yang perlu dilalui bagi mendapat jawatan yang dia pegang sekarang. Dia berpesan pada saya, "Selagi awak b...