Skip to main content

DIA HADIAH ISTIMEWA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari ini ingin saya coretkan pengalaman saya dan teman serumah menziarahi seorang pensyarah antarabangsa yang baru mendapat cahaya mata pertama.Kami berbual dengan mereka dengan bahasa Arab kerana mereka masih baru di Malaysia.Namun begitu,mereka memahami sebahagian perkataan Melayu.Lebih2 lagi isteri pensyarah tersebut pernah belajar di Patani,Thailand dan beliau boleh bertutur bahasa Kelantan.

Cahaya mata mereka bernama Mokhtar.Comel sangat.Dua  bulan usianya.Saat kami tiba di rumah,isteri pensyarah tersebut meraikan kami dengan berulang ulang ayat

"Ahlan wasahlan wa marhaban bikum"

Terasa sangat diraikan dengan doa itu.Kami dihidang dengan sepinggan sorang 3 biji muffin dan pisang setiap sorang.Memang banyak kuantiti.

"Takkulu wa tasyrabuu wa la tusrifuu"

Makanlah dan minumlah dan jangan membazir..Awal2 lagi dah dapat pesanan supaya abiskan makanan.Beliau berkata takboleh balik selagi makanan tak abes.hihi..Kami bersembang lama dengan Puan Aminah sementara menantikan pensyarah yang masih belum pulang,Dr Oseman.Beliau pulang ke rumah lalu mengucapkan ahlan wasahlan berulang kali.Beliau dan isteri dua insan yang selalu tersenyum dan pada tiap bual bicara mesti mengingatkan diri kepada Allah.Isteri beliau selalu membacakan basmalah tiap kali hendak bangun dari duduk,mendukung Mokhtar,menghidang makanan.Mesti dimulai Dengan Nama Allah.Pada ketika itu,saya merasa..betapa dekatnya kehidupan mereka dengan Allah.Mereka berdua juga banyak memberikan hadith sebagai tazkirah kepada kami yang masih muda ini.Dr Oseman masuk ke bilik beliau.Puan Aminah berkongsi cerita mengenai potret gambar perkahwinan mereka.

Gambar itu adalah hadiah

Pada mulanya saya faham Puan Aminah maksudkan frame gambar itu hadiah dari teman.Tapi beliau kata itu adalah hadiah dari Allah.Saya mendapat tahu ternyata yang Puan Aminah maksudkan adalah suami nya itu hadiah dari Allah.Beliau bercerita dengan wajah yang sangat ceria.Saya dapat merasa kemanisan cinta dalam tutur ceritanya.Beliau bersyukur dipertemukan dengan Dr.Oseman seorang hafiz al-Quran.Beliau berkata mereka diperkenalkan melalui pensyarah beliau di Thailand.Di sebalik pertemuan itu,sebenarnya Dr Oseman pernah bermimpi akan beliau.Puan Aminah berkata Dr Oseman pernah melihat raut wajah Puan Aminah di dalam mimpi.Selepas 5 tahun jodoh mereka sampai.Subhanallah..hebatnya bilamana cinta itu kerana Allah kan.Allah temukan dalam mimpi.Moga rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.

Saya berharap dipertemukan juga dengan pembimbing yang mampu dorong saya dan ingatkan saya bahawa hidup ini untuk ke syurgaNya.Saya tahu,saya perlu sentiasa perbaiki diri.Doakan saya.Saya nak menjadi sebaik-baik perhiasan dunia.Seperti yg Rasulullah pernah sebutkan tentang wanita solehah.Moga saya akan jadi hadiah yang teristimewa juga.

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.