Skip to main content

SEHARIAN BERBAJU KURUNG

ALHAMDULILLAH

Baru selesai menyiapkan diri untuk tidur.Hari ini saya berpagian di HEP setelkan urusan yang perlu.Kemudian,tengahari terus bergegas ke FST untuk hadirkan diri ke tutorial Actuarial Planning.Subject ni diajar oleh pensyarah,Pn Norhana bt Abd Rahim.Saya satu grup dgn Fatimah,Ruwaidah dan Hana.Pada mula perancangan nak buat bincang di FST sebelum pembentangan.Namun,kita hanya mampu merancang.Ternyata mereka berkumpul di kolej kediaman Jati.Maka saya ambil keputusan untuk wakil pembentangan.Alhamdulillah all is well.Saya tlg adjust slide supaya dapat saya mudahkan buat pembentangan.

Kemudian,abis kelas terus ke KK1 jumpa dengan Kak Anis dan Kak Kemo utk bersama bonding time di Maboro berhampiran Kolej Kediaman Sutera Indah.Restoran ni ala2 cowboy dan jual western food.Harga amat berpatutan kerana rasanya yang sedap.I ordered chicken grilled,cheezy wedges and lemon tea.

Actually tak makan tghari tadi sbb sy plan nak mkn di kafe FST tapi kafe tender tak masuk lagi.Minggu dpn tender masuk BakeFast...Tabah la insan bernama leya minum air kotak teh lemon yg dibeli di koperasi FST.Huhu..

Selesai makan,saya singgah di KK1 solat di bilik Izzah,junior dbt Arab.Izzah juga yg hantar saya ke FST.Tq Izzah sudi merempit tadi.Saranghaeee

Sesampai di FST..krik2..hoho terlalu awal saya sampai.Lama2..muncul Irfan,Koi,Fatimah,Ruwaidah dan teman2 yg lain.Kami rehearsal utk Seminar ASRIM 2016.Saya in charge AJK makanan kali ini.Moga majlis berjalan lancar pada Ahad ini.Hari Sabtu pula,saya ada Pertandingan Pidato anjuran Kelab Debat sebagai Ajk Unit Kiraan Markah.Moga pertandingan juga berjalan lancar.Amiin..

Raikan teman seperjuangan selepas selesai rehearsal











Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.