BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Hari ini saya ingin coretkan tentang apa yang saya buat selepas mendapat keputusan berjaya mendapat tawaran Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko.
Pertama sekali,saya menangis.
Menangis sekejap cuma.Saya cepat2 positifkan diri.Everything happens for a reason.Saya yakin tiap yang berlaku ada hikmah yg diatur oleh Sebaik-baik Perancang,Allah.Apa yang saya buat seterusnya adalah berdoa.Terus berdoa mendambakan kebaikan pada setiap yang berlaku.Saya berusaha untuk menegetahui apa sebenarnya Sains Aktuari melalui bacaan di internet,blog.Saya dapati tak ramai mahasiswa yg tulis berkenaan aktuari.Maka dari situlah titik permulaan saya menulis blog ini. :)
I am sooo glad that someone really read my blog for gaining information on actuarial science.Thank you.
Saya juga cuba untuk mengenali senior aktuari.Beruntungnya batch saya adalah pada ketika itu telah ditubuhkan Actuary Socirty yg mengeratkan lagi hubungan antara junior and senior melalui aktiviti yang diadakan.Join the activities okey!!Melalui aktiviti inilah saya kenal Presiden Actuary Society,Fauzan Rusli,dan teman2 yg awesome,Safwan Hamdy,Afif,Hazrani,Kak Fatin Umirah,Kak Nina,Kak Wafiah,Kak Zahirah,Kak Izaty,Kak Raihanah,Kak Saadah.Aktiviti yang dijalankan juga melibatkan pensyarah yang supporting.Jadi jangan lepaskan peluang dalam aktiviti anjuran Actuary Socirty tau.
Okey macam mana saya lalui Hari Taaruf.Saya bersama dengan roomate saya yg baru di Kk1 memandangkan kawan tamhidi saya ditempatkan di Kolej Sutera Indah.Saya sentiasa pesan pada diri,ini adalah permulaan yang baru.Saya buka lembaran hidup yang baru.Saya melihat semua yang berada di hadapan saya adalah realiti.Saya berhenti daripada impian dan mimpi yang lalu.Cuma ingin melakukan terbaik dengan realiti yang ada.Saya nikmati suasana yg baru.Kawan sekuliah saya memang happening tak spt kawan semasa tamhidi.Barangkali terlalu tertekan dgn bljr dan nk capai dentistry buatkn sy lupa nikmat friendship masa tamhidi.Ala kulli hal,saya sayang kwn tamhidi saya.Always...Kawan sekuliah saya ada 5 org yang dahulu Tamhidi Dentistry jgk.Kalau ikutkan ada lagi tapi mereka memilih bidang perubatan atau pergigian di universiti swasta.Semua orang berhak buat apa sahaja demi impian tapi saya memilih untuk teruskan pengajian di USIM kerana jalan ini yang saya pilih sewaktu kali pertama isi UPU selepas SPM.Allah dah kabulkan hajat saya belajar di sini peringkat tamhidi,maka saya ingin timba banyak lagi ilmu dan pengalaman di bumi Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli ini.Pada awal perkuliahan saya masih teringat akan sahabat hebat yang saya da sewaktu tamhidi dulu,namun apakn daya kini mereka di Pandan Indah.Setiap pertemuan akn ada perpisahan kan.Thats normal.Tapi..Dont worry cause USIM byk je event yg akn mggabungkn student Pandan Indah di Nilai.So,we can meet each other again.
Satu pesanan saya,muhasabah diri betul2 ke arah mana minat dan kemampuan yang ada dalam diri.Kita masih ada peluang untuk tukar bidang.Ada juga sebahagian pelajar Fakulti Sains dan Teknologi yg bertukar bidang bahasa Arab di Fakulti Pengajian Bahasa Utama kerana minatnya yg mdalam.Proses pertukaran ambil masa jugakla tapi berbaloi bilamana kita akan teruskan 4tahun pengajian dgn baik.Secara peribadi,Sains Aktuari bukan bidang yang mudah kecuali bagi mereka yang rajin membuat latihan,bertanya dgn lecturer maka anda pasti boleh gapai 3.95 sebagaimana yg pernah dibuktikan oleh teman saya.
Saya pelajar biasa2 jer.Maka saya sertai aktiviti Kelab Debat untuk tambah skill.Alhamdulillah saya mengenali individu2 yg sgt bdedikasi berkarisma daripada pelbagai fakulti.Join la mana2 organisasi di USIM.Kelab dan persatuan bawah Hal Ehwal Pelajar ada banyak spt ULPM,PRU,UNESCO,ATRA,KELAB DEBAT,KELAB PENYAYANG dan lain2.
Thats all daripada saya.Always be positive ^_^
Comments
Post a Comment