Skip to main content

ADA CERITA TENTANG UKHWAH KITA

ALHAMDULILLAH

Setelah 10 tahun,USIM menjadi tuan  rumah utk pertandingan Debat Arab ASEAN..akhirnya pada tahun ini,Piala Johan menjadi milik USIM.Indah sungguh kenangan menang di tempat sendiri.Menang di hati semua warga universiti.Tahniah Team USIM A.

Dan di sebalik sebuah kemenangan ada liku-liku tersirat yang ditempuh.Namun kemenangan yang manis ini menghapus segala kelat yang telah dilalui.

Saya secara peribadi ada waktu diuji utk tidak meneruskan aktiviti berdebat.Ada bisikan negatif dalam diri yang menggoyahkn semangat membara seorang pendebat

"Dah lah berdebat arab,bukan ada kaitan dgn bidang yg ko amik skrg"

"Tak payah lah berdebat,bg peluang junior baru pulak utk berdebat"

"Setakat penyertaan ko yg byk dgn debat,baru sekali je pernah dpt pendebat terbaik"

"Berhentilah debat,fokus pelajaran pulak"

Saya sangat degil.Bergelar seorang pendebat menambahkan lagi kedegilan dalam diri.Al maklum jadi pendebat kena degil dgn konsep yg kita bawa semasa penghujahan.Jadi  saya bagitau jurulatih saya,Ustaz Syafwan

"Ustaz,saya nak buat yang lebih baik tahun ini dalam debat arab ASEAN.Saya nak capai matlamat jadi pendebat terbaik"

Ustaz dgn jawapan yang mudah namun menghilangkan gundah;

"Saya tau Aliya mesti boleh!"

Dan menjadi saya sebagai satu-satunya pelajar sains yang dikelilingi oleh teman2 FSU yang mantop adakala merendahkan keyakinan diri ini.

Ustaz pesan

"Awak kena jadi diri sendiri.Jangan terlalu membandingkn diri awak dgn mereka.Itu akan membuatkn awak tertekan dan tak dpt perform dgn baik."

Saya menurut perintah.Setiap teguran dihadam kerana kekurangan pada diri ini yang ingin diperbaiki.

Air mata membasahi pipi.Namun jiwa yang kental tak ingin mengalah.Tiada istilah putus asa,kerana saya yakin rahmat Yang Maha Esa sentiasa ada buat hamba yang sabar.

Tatkala terlihat nyata,ekspresi di wajah mempamerkan rasa sebenar di jiwa.Kak Nisa datang saat yang lain tiada di bilik latihan.

"Aliya ok tak ni?"

Segaris senyuman terukir di wajah.Setelah itu,mata yang berkaca terlerai tak sudah.Depan Kak Nisa saya berkongsi perasaan.Kak Nisa memujuk dgn kasih seorang kakak.

Fuhhhh.So complicated to be emotional like me.Masa tu mmg mood tgh swing.Kak Nisa berjaya naikkan semangat yg sedang luntur saat itu.

"Leya,Kak Nisa tau Leya boleh improve.Leya cuma kena lebih yakin pada diri sendiri"

Keluar dari bilik latihan,langkah kaki diatur ke bilik air.Tangisan tadi ingin kusembunyikan dari pandangan ahli debat yang lain.

Pada keesokan hari,latihan berjalan seperti biasa.Kak Anis,mendekati diri dgn berbisik,malam ni kita discuss berdua.Di sebalik ungkapan itu,saya tau Kak Anis pun boleh baca isi hati saya yang tersurat.

"Leya,bobba pernah cakap kalau ada apa2 masalah kena cerita.Luahkan.Kak Anis boleh tolong..Kalau nak cerita pasal cinta pun akak dengar"

Hahaha..ini tiada kaitan dgn cinta.Entahlah agaknya saya ni nampak mcm tgh putus cinta.Padahal mana pernah bercinta seumur hidup ni.Kalau yang bertepuk sebelah tgn tu adalah kot.Ehhh...back to the topic

"Hmmm..saya pressure la jgk sbb tak dpt ada improvement lg sepanjang latihan dbt ini"

Malam tu mmg Kak Anis pujuk sehabis baik.Bila fikir balik manja nya budak nieee..cubit pipi sendiri.

Mujurlah kakak2 tak jemu layan kerenah saya.Yang paling bersabar ngn saya Kak Akma.Kak Akma byk kali tegur saya

"Leya kna buat mcm ni...Leya tak boleh buat mcm tu..Leya kena semangat lagi...Leya kena jaga intonasi..Leya boleh sebenarnya"

Malam pusingan pertama,usai solat berjemaah..Kak Akma dakap saya.Ada bisikan darinya pada telinga kanan saya

"I love you"

Sebak di dada menahan rasa.Saya membalas

"Uhibbuki fillah"

Alhamdulillah dalam berdebat ni,ikatan ukhwah adalah yang paling berharga kurniaan Yang Maha Penyayang.Di mana setiap kelebihan dan kekurangan diri dikongsi dan saling melengkapi.

Khusus pada Kak Mazyyah yang turut memberi semangat.Abang Takiuddin yg datang membantu.Ustaz Abdel Rahman,Ustaz Zaharuddin yg juga menolong kami.Tidak lupa buat Ustazah Kartina yang sentiasa memberi nasihat utk tidak berputus asa.Pada adik2 junior,Mimo,Izzah,Deena,Syafiqah,Nadia,Badariah,Thaha,Inas,Hamidah yg turut mendoakn kejayaan kami.Terima kasih.Kpd teman seperjuangan saya yg tak lelah memberi kata semangat,Awatif.Ur presence give me strength.Saranghae...Kpd semua teman2 lain yang mendoakan.Terima kasih.Moga Allah balas kebaikan kalian dgn kebaikan yg berlipat kali ganda.

Alhamdulillah.Allah izin saya capai yang saya hajati.Saya berjaya mendapat pendebat terbaik untuk pusingan ketiga.Ini mungkin nampak kecil di mata manusia yg tak pandai menghargai.Tapi ini satu hadiah bernilai saya kecapi dgn rahmat Allah.Saya rasa betapa dekat nya Allah pada hamba yang sentiasa berdoa.Walaupun team saya tak berjaya masuk suku akhir,tapi jiwa saya bersyukur.Kerana Allah dah kabulkan hajat saya.Mana mungkin saya berduka lara sedangkan matlamat saya Allah dah bagi capai.Merasa cukup dengan pemberian Allah membuatkan saya rasa bahagia.Alhamdulillah.

Dan kenangan yang manis,akan kekal manis.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)