Skip to main content

LAPANG SEBELUM SEMPIT

ALHAMDULILLAH

  Selesai jawab Test utk 3 subjek iaitu Halaqah,Investment dan Research Methodology.Halaqah ada 30 soalan objektif.Halaqah ni bukan pasal usrah ye...Ini adalah subjek wajib untuk mahasiswa USIM berkenaan Kitab Turath.Haaaa...kitab turath ni apa plak???Kitab Turath ni kitab2 lama yang diwarisi drpd ilmuwan muslim yang dahulu.Sebagai cth,kitab Ihya Ulumuddin yg ditulis oleh Imam al Ghazali.Halaqah ni belajar dalam bahasa arab tau.Seterusnya,subjek Investment ada 10soalan subjektif.Ia berkenaan topik 1-6 iaitu ada ditanya tentang definisi risk,diversification of shares in portfolio,CAPM,Common Stock..yang penting kena ingat formula dan faham.Subjek Research Methodology plak online test melalui goal.Subjek ini adalah sebagai pengenalan untuk memudahkan kita nak buat thesis masa 4th year nnt. 

  Sebenarnya,saya nak kongsikan aktiviti malam tadi. Usai balik  daripada perbincangan dengan kawan2 di DKP2 berkenaan dengan makan malam ASRIM yang bakal diadakan 5 Disember,pukul 10malam saya atur langkah kaki ke arah bangunan Hal Ehwal Pelajar(HEP).Saya dan rakan2 seperjuangan debat bahasa arab meraikan usaha kami bersama dalam aktiviti debat arab yang telah berlangsung dengan jamuan makan malam.





 Alhamdulillah,Allah izin ada masa lapang untuk sama2 berkumpul tautkan ukhwah.Sekarang ni dah masuk minggu yang semakin sibuk...al maklum ada 4 minggu lagi perkuliahan sebelum final exam.huhu...Maka malam ini 3.32am...saya kira pagi dah..saya sedang amik masa lapang sebelum sempit dgn mencari fakta siapkan assignment halaqah..dan assignment subjek Research..serta update blog seketika..hihi..Sesibuk mana diri kita,jangan lupa untuk berdoa moga tiap amalan kita jadi bekalan di akhirat nanti.Di dunia kita semai benih amalan kebaikan,suburkan dengan iman dan taqwa moga2 kita tuai hasil dan nikmatinya di akhirat.Sekian kalam untuk malam ini.

Wahai diri,jadilah pejuang,mujahidah yang solehah!

#MuhasabahMengingatkanDiri

Di waktu yang lapang,saya cuba jgk isikan dgn aktiviti riadah.Selepas Debat MAWADDAH,keesokan hari tu,1 Nov 2015 saya main bola jaring.Saya simpanan jer tapi memang main jugak la time pertandingan.Sukan ni sempena Hari Sukan Actuary yg dianjurkan Gen8 Batch saya.



Actuarial Science Gen 8


Actuarial Science 3rd year Netball Team





Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...