Skip to main content

BIG FAMILY SekreFaST 2014/15

SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH

  Hari ini genap hampir setahun saya dan ahli SekreFaST yang lain memegang jawatan dalam biro masing2.Kami raikan hari terakhir sebelum bercuti sem pada hari ini di Masjid Putrajaya.Kami berbuka puasa bersama seterusnya berterawih.Usai terawih,kami ke padang berdekatan dengan masjid.

  Then,we had the sharing moments among us.Ok,aktiviti pertama taaruf semula.Nama penuh,nama panggilan dlm keluarga,nama panggilan dalam SekreFaST dan status.Kelakar betul bila part status tu.Status sy masih belum berpunya..Ceeewah.Quli al haq walau kaana murran.. :D

  Kami gerak ke masjid dari rumah Prof Dr Norita.I gonna miss this moments..Kami konvoi ramai2 ke masjid.Bercerita tentang banyak pengalaman yang dah dilalui bersama sepanjang gerak kerja.Pengalaman yang mengajar dan mendidik diri ini.Pengalaman ini sangat berharga.Pengalaman yang menguatkan diri sebagai seorang pejuang.



 Barisan Kepimpinan Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi 2014/2015

Memimpin Eksplorasi Keilmuan


~Iftar,terawih bersama di Masjid Putrajaya..hmm,gonna be part of my sweet memories of life

~setahun bersama,terasa seketika bila dah berakhir tempoh khidmat..selamat maju jaya teman2

~moga kita menjadi lebih baik,lebih maju..now everyone can fly

~dan sebenarnya,sy sayang family SekreFaST 2014/15

Saat terakhir,Prof DR Norita tujukan satu lagu buat kami

Terkenang sebuah memori lalu
 Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 

Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 
Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 

Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 

Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 
Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat 



Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.