Skip to main content

5 TAHUN 5 BULAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

SINOPSIS:

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidaklah semudah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu..

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni..lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana.. dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya..

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.


novel 5 tahun 5 bulan (5t5b) ni menceritakan tentang Ana yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy selama 3 bulan. kat rumah tu ada Along, Apeh, Nana dan Nina. Encik Latfy upah Ana jadi orang gaji sebab dia selalu outstation. kesian nak tinggalkan anak-anak kat rumah. Along pulak busy kerja, kadang-kadang je ada kat rumah.

budak tiga orang ni (Apeh, Nana, Nina) suka sangat kat Ana sebab kak Ana sangat cool. masak best. Along nak peach cobbler, Ana buat. Apeh nak sardine roll pun Ana buat. pandai kemas-kemas rumah. Apeh nak pergi tengok Ryan Guettler kat Asian Extreme Games pun, Ana bawak je. tak ke coolio tu? orang gaji macam Ana bawa budak tiga orang tu pe
gi tengok X-games.

lepas dah habis 3 bulan jadi orang gaji, Ana fly ke Uni of Aberdeen, UK. macam-macam yang berlaku kat sana. Ana belajar jadi dewasa. macam-macam yang dilalui

hlovate, macam biasa lah kan. mesti ada lagu-lagu. macam dare you to move-switchfoot, ada jugak Dawud Wharnsby Ali. ouh, e-book tulisan Harun Yahya pun ada juga mentioned dalam novel ni.

hlovate, takkan tulis sesuatu yang untuk suka-suka. mesti ada input. macam yang ni, saya suka sangat. SANGAT!

when we want to talk to Allah, we pray and say prayers. when we want to hear Allah talk to us, we read the Quran. Juan kena belajar berdiri atas kaki sendiri sebab mak dan abah bukan menongkat dunia.
nak tau lagi? pegi kedai buku, beli dan baca

5 TAHUN 5 BULAN sebuah novel karya HLOVATE..
Menarik kan.
Saya pn tak baca agi.

Thanks for sharing, cc to :syarifah-radiah.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.