Skip to main content

IKHLASKAN DIRI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

  Alhamdulillah..Hari ini adalah hari ketujuh saya dan teman2 seperjuangan harungi minggu bahasa.Sekejap je masa berlalu,hari ni bersamaan dengan 8 Ramadan.Berpuasa jauh di perantauan memang tak sama dgn berpuasa di rumah.Kat Kolej Kediaman Satu,kafe dibuka pukul 5 untuk para pelajar buat pesanan makanan.Hanya makanan yang dipesan je yang akan dimasak.Barangkali pihak kafe ingin mengelakkan pembaziran.Tapi bagi pelajar yang nak berbuka dengan aneka makanan yang sedap lagi unik,kat bazaar ada semua tu.Bazaar yang terdekat di hadapan Masjid Putra Nilai.Cuma harga up sikit la..maklum la bulan puasa..demand tinggi,thats why price increase..

  Sepanjang bulan puasa ni,solat sunat terawih diadakan di surau KK1.Bagi pelajar yang ada kenderaan boleh la ke masjid.Kat sini kitorang dirikan 8 rakaat solat sunat terawih diikuti dgn solat sunat witir 3 rakaat.Selepas 4 rakaat solat sunat terawih,ada tazkirah.Alhamdulillah...ada pengisian rohani.Bulan puasa ni,rohani pun dahagakan ilmu dan peringatan jugak.Jadi,luangkan lah masamu.

  Minggu bahasa memang bagus untuk melatih diri bercakap dan buat pembentangan di hadapan.Lebih2 lagi setiap kumpulan masing2 bukan daripada course yg sama.Cuma keberkesanan tu bergantung pada individu.Komitmen yg penting utk hadirkan diri dan buat latihan online di G.O.A.L.S.Kelas akan jadi hambar kalu masing2 tak bagi kerjasama dan respon.Waktu ni la kita kena beranikan diri utk tanya kan persoalan yang tak faham.Tentang cara penyampaian,tatabahasa.Sebab majoriti fasilitator yg datang memang benar2 ingin tunjuk ajar.Yang penting niat kita pun kena jaga...hadirkan diri untuk tambah ilmu..

Curiousity gives you courage to ask,

Be curious,

Be brave to ask,

Gain knowledge.


  Bulan Ramadan,bulan tarbiah..time ni la kita nak kenal diri kita dan cuba perbaiki diri.Sebab pada bulan ni kita di dunia tanpa gangguan Syaitan.Hanya nafsu dalam diri yg mesti dikawal...Sebahagian kata2 dlm tazkirah baru2 ni ada mengatakan:

"sama ada kita nak jadikan kali ni HASAN RAMADAN atau AHSAN RAMADAN???"

Kita yg memilih dan menilai.Selamat bermuhasabah..

  
  

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.