Skip to main content

SAYA SEORANG PELAJAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Alhamdulillah,hari ni hari keenam umat Islam berpuasa di Malaysia.Bulan Ramadan ini hanya datang sekali sahaja dalam setahun.So,grab this opportunity to do more amal maaruf.

Read.seringkali apabila ditanya apakah hobi anda,mesti ramai yg jawab

"I love to read in my leisure time"

Membaca sememangnya bagus.Dpt tambah ilmu,tambah pengalaman.Kalu tak suka ngadap buku lama2 sangat,at least cuba rajinkan diri membaca bahan bacaan yg lain.Contohnya;blog seseorang.Daripada blog,kta dpt buka minda ttg pengalaman setiap org yg berlainan.Khususnya pengalaman org2 yg berjaya.Kisah kejayaan mereka berlainan,tapi faktor yg sama adalah mereka berusaha utk capai kejayaan.

USAHA TANGGA KEJAYAAN

bak kata pepatah arab pula

MAN JADDA WAJADA,MAN ZARAAA HASODA

english quote

WHEN THERE'S A WILL,THERE'S A WAY

selalunya,jln menuju kejayaan bukan mudah.Saya masih pelajar,dan ingin terus belajar.InsyaAllah,destinasi saya adalah Universiti Sains Islam Malaysia,Nilai dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko.Walaupun,ini bukan bidang pilihan pertama saya..Tapi mungkin ini adalah yg terbaik.Kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sains aktuari yg ditawarkn di USIM adalah selama 4 tahun.Matematik adalah subjek yg mesti dikuasai utk menceburi bidang ini.Saya tak pernah kenal dgn sains aktuari@SA..mungkin selepas mengenali dan mempelajari SA..minat itu akan datang utk saya bersungguh-sungguh capai kejayaan saya.Cita2 saya kini hanya bergelar impian..JUST A DREAM..be strong,coz Allah memberikan sesuatu mengikut kemampuan seseorang hambaNya..Allah Maha Mengetahui.

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...