Skip to main content

Posts

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)

BERI YANG TERBAIK

Dalam kesibukan dia mengharungi hari di kampus, masih ada masa untuk dia luangkan dengan saya. Saya faham dengan kesibukan itu andai tak dapat bersua. Namun cara dia beri yang terbaik untuk lengkapi hari saya, bertambah rasa kekuatan untuk saya terus mendoakan agar dia adalah jodoh saya di dunia ini. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Mohon yang terbaik dari sisi Allah agar kita ditemukan jodoh yang boleh jadi peneman hidup di hari tua dan pembimbing yang baik. Hari saya jadi ceria kerana bila dengan dia saya boleh jadi diri saya sendiri dan banyak benda kami cakap sbb memang kitorg jenis suka bercakap. Haha..serasi bersama la ;) Apabila kita mahu menjaga hubungan yang ingin dibina hingga jenjang pelamin saya sedar semestinya kita kena care each other. Try not to talk about diri sendiri but also focus on how our partner life. Lebih-lebih lagi bagi hubungan jarak jauh..So many things to talk about life. Dan dia ambil berat akan aktiviti yang saya buat, dan dia akan bagi idea untuk tam...

TIDUR TAK LENA

Benar lah kata orang, mereka yang bercinta ini TIDUR TAK LENA Haha.. Semalam pada pukul 11.04 malam saya sudah selimutkan diri untuk tidur.Ting ting ting ting(bkn lagu comel si pipi merah :P ) bunyi dering telefon saya.Banyak whatsapp masuk dari seorang pengirim yang tertera nama "Special1" Dah macam jam loceng tepon saya masa tu sebab saya dah ngantuk tapi ada orang tu buatkan saya tak lena. Rupanya si dia tengah mood nak mengacau orang tido =_= Luckily u are my Special1. Sembang kejap dengan that Special1(definisi sekejap adalah 30 minit >_< ) He laughed a lot. Suka la tu dapat kacau org nk tido. Haha. I am glad u make me happy walaupun kacau waktu tidur saya. Awk bukan pengacau tapi awaklah penyeri hidup saya. Terima kasih sbb hadir dlm hidup saya. Alhamdulillah moga perancangan Allah yang telah menemukan kita akan satukan kita satu hari nanti. Buat masa ni kita sama2 bina kerjaya ;) Lots of Love from Liya <3 Especially to my Special1 p/s: Semog...

MENUJU GERBANG KERJAYA

Assalamualaikum Hari ini adalah cuti awam sempena Hari Wesak. Semalam merupakan hari pertama saya bergelar penganggur. Minggu lepas saya berjaya menamatkan 18 minggu tempoh latihan industri. Alhamdulillah. Well done myself! Keep calm and be happy! Jadi di kesempatan cuti ini saya boleh la update blog yg dah lama x update. Hehe. How is my life??? Alhamdulillah so far so good. I really cant believe I survived till now hoping that everything is going to be better on this 2018. 25 Mei tamat lah latihan industri.Bulan Mei ini akan sy coretkan dgn satu kenangan baru iaitu kenangan temuduga. InshaAllah pada 31 Mei saya akan hadirkan diri ke sesi temu duga di Menara Public Bank. Saya dapat tawaran untuk jawatan Management Trainee. Sebagai bakal graduan saya memang mencari peluang Management Training sebab itu satu permulaan baik bagi saya tambah kemahiran dalam diri dan diberi bimbingan sebaiknya sebelum melangkah ke alam kerja sebenar.InshaAllah ada rezeki saya akan jadi orang Keyelll....

SELALU DEKAT WALAU JAUH

Semalam saya pulang ke rumah ada bungkusan menanti. Dia hadiahkan saya buku. Tebal sangat buku tu ada 542 muka surat.Saya syak kalau sehari saya baca satu muka surat boleh jadi hampir dua tahun baru saya habis baca. Sajer la tuuuuu nak bagi saya sibuk baca buku dan terus setia dengan dia sorang =P Hehe..dia tahu cara untuk buat kan hubungan jarak jauh ini tak pernah terasa jauh pun. Dia selalu dekat walau hakikatnya jauh jarak antara kami. Jatuh cinta bukan kali pertama buat kami berdua. Dia ada masa lalunya. Dan saya pun pernah mengalami perasaan suka kepada orang lain. Namun masing-masing dipertemukan dalam keadaan ingin mengisi kosong hati dan  ingin dihargai. Saya percaya dia orang yang tepat saya dambakan selama ini. Moga dalam peliharaan Allah. Jatuh cinta itu biasa tapi menjaga cinta untuk kekal hingga akhir hayat itu luar biasa. Terima kasih awak untuk hadiah yang awak kirimkan. Saya akan baca buku itu ;)

TUSYEN MATEMATIK MALAM

Alhamdulillah Sejak awal Februari saya dapat peluang mengajar Ilham Fariz untuk subjek Matematik.Saya akan ke rumahnya pada waktu malam untuk sesi tusyen Math.Fariz akan ambil UPSR pada tahun ini.Jadi Kak Miza,sbg ibu ingin Fariz dapat skor markah terbaik untuk persediaan UPSR.Saya kenal Kak Miza di tempat praktikal. Ketika sedang buat aktiviti gotong royong di pejabat,Kak Miza bercerita prestasi Math Fariz.Pada waktu itu saya sukarela tawarkan diri untuk membantu Fariz tingkatkan markah Math.Dari situ lah permulaan saya mengenali Fariz.Saya kagum dengan semangat yang dia tunjukkan sewaktu belajar.Dia memang gigih mengira semasa buat latihan. Minggu depan dia akan menduduki satu lagi ujian.Saya sebagai tutor mendoakan yang terbaik untuk dia.Fariz anak sulung jadi bila dia dapat markah terbaik,adik adiknya iaitu Mukhriz dan Qalish pasti akan ikut jejak langkahnya. Seronok bila jadi tutor kita dapat eratkan hubungan dgn keluarga nya juga.Kak Miza pernah menghadiahkan saya sehela...

PELUANG CUMA DI DEPAN MATA

Alhamdulillah Memberi awak peluang untuk jadi sebahagian hidup saya adalah keputusan terbaik saya pernah buat. Awak ingatkan saya untuk tidak berfikiran terlampau jauh hingga merungsingkan diri sendiri.(overthinking) Betul,sangat2 betul bila kita overthinking kita jadi tak nampak dengan peluang yang ada di depan mata kita.Tiap yang berlaku ada hikmahnya.Kena selalu kuat dan fikir positif.Kita kena rasional bila berdepan situasi yang kita tak suka. Sebab boleh jadi apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Saya runsing soal kerjaya. Tapi tulah benda di luar kawalan kita,kita tak perlu risau sangat.Bila dah buat yang terbaik pasti ada rezeki terbaik Allah sediakan.Sabar Aliya,Allah bersama orang yang sabar. Terima kasih awak!!!Sebab positifkan diri saya pagi ni.Mood swing betul pagi tadi.Now I feel better =)