Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

KISAH ABAH SAYA

Hari ini saya kongsikan kisah abah saya. Sewaktu saya sedang dalam persiapan untuk kahwin, Allah uji abah dengan sakit mata. Abah tengah mesin rumput depan rumah, tiba-tiba ada batu kecil terkena mata abah. Kami igtkn hanya terkena, cuma terpelanting rupanya masuk sampai tembus ke dalam bebola mata. Sakitnya hanya abah yang rasa. Masa di hospital, abah pesan kat saya "Takpe Kakya fokus persiapan untuk nak kahwin je. Nanti hari akad nikah abah boleh datang. Doktor kata lepas operate okay dah." Dalam hati saya "Ya Allah, aku nak abah je jadi wali akad nikah nanti. Tapi jika ketentuanMu abah kena rehat masa itu, aku redha". Walaupun abah tgh sakit, abah xnak saya risaukan. Sebab hari besar saya akan lalui iaitu majlis akad nikah. Alhamdulillah, Allah izin abah boleh hadirkan diri untuk nikahkan saya dengan pasangan. 27 tahun saya dalam jagaan abah kini abah amanahkan untuk dijaga suami. Masa nak nikahkan abah agak gugup tersasul nama saya Wan Nuraliya Binti Afifah. Hah...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

BERKONGSI KEHIDUPAN

 Alhamdulillah Pada waktu ini ada kesempatan untuk menulis. Sebenarnya sebab dah lama tak tulis blog rasa rindu nak mengukir catatan kehidupan. Hehe...alkisahnya saya nak kongsikan kisah saya dan Special1, suami tercinta. Bila dah berkahwin, hidup sebumbung baru lah benar-benar mengenali pasangan kita. Masa bercinta semua indah belaka haha. Masa dah kahwin baru nampak perangai sebenar masing-masing. Pertama sekali, saya bersyukur tidak ldr lagi. Kami sentiasa ke mana-mana bersama (kecuali pergi tandas la klu qadha hajat >_<). Hidup berdua memang kena banyak toleransi sebab dua dunia bergabung bawah satu bumbung. Bukan mudah rupanya nak jadi isteri solehah taat suami sebab kadang saya ni degil =P Mujur suami banyak sabar. Dia sabar dgn saya, saya pun cuba sabar dengan dia. Kena fair and Square. Kena give and take. Ada masalah kena share, discuss jgn pendam sorg2. Hidup berdua kena jadi mcm satu team. Menang sama2, kalah pun sama2 gituhh.. Sentiasa doa biar rumah tangga selalu ...