Assalamualaikum. Alhamdulillah Masih ada ruang waktu berkongsi penulisan di laman blog ini. Saya semakin bertambah usia seiring dengan bertambah timbangan kilogram..haha. No worries..April nanti siang hari saya tak makan (sbb puasa Ramadan yer) ^^ Tahun 2022 membuka tirai baru dalam hidup saya. Dahulu sebagai seorang anak, seorang kakak, kini bergelar seorang isteri. Perubahan ketara dapat saya rasakan. Pada awalnya untuk menyesuaikan diri sebagai isteri dan tambahan pula kerjaya baru. Saya baru melaporkan diri sebagai Perangkawan di Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya. Syukur rezeki ditawarkan lantikan tetap setelah sekian lama jadi calon simpanan. Ada orang kata rezeki kahwin. Saya percaya bila namanya rezeki sudah tertulis, tiada siapa dan apa dapat halang kurnianNya. Selagi kita usaha, ikhtiar dan doa mesti Allah bagi. Think positive! Mendapat pasangan yang baik juga rezeki. Terima kasih Encik Suami kerana menerima diri ini apa adanya. Sambutan Hari Lahir 24.02.2022 sederhana tap...