Alhamdulillah Sejak awal Februari saya dapat peluang mengajar Ilham Fariz untuk subjek Matematik.Saya akan ke rumahnya pada waktu malam untuk sesi tusyen Math.Fariz akan ambil UPSR pada tahun ini.Jadi Kak Miza,sbg ibu ingin Fariz dapat skor markah terbaik untuk persediaan UPSR.Saya kenal Kak Miza di tempat praktikal. Ketika sedang buat aktiviti gotong royong di pejabat,Kak Miza bercerita prestasi Math Fariz.Pada waktu itu saya sukarela tawarkan diri untuk membantu Fariz tingkatkan markah Math.Dari situ lah permulaan saya mengenali Fariz.Saya kagum dengan semangat yang dia tunjukkan sewaktu belajar.Dia memang gigih mengira semasa buat latihan. Minggu depan dia akan menduduki satu lagi ujian.Saya sebagai tutor mendoakan yang terbaik untuk dia.Fariz anak sulung jadi bila dia dapat markah terbaik,adik adiknya iaitu Mukhriz dan Qalish pasti akan ikut jejak langkahnya. Seronok bila jadi tutor kita dapat eratkan hubungan dgn keluarga nya juga.Kak Miza pernah menghadiahkan saya sehela...