ALHAMDULILLAH Saya masih sihat walafiat untuk sambut hari kelahiran yang ke 24. Tahun ini diharapkan penuh dengan bahagia sebagaimana telah saya lewati duka.Permulaan yang bahagia ingin saya kongsikan di laman ini. Menjelang tarikh hari jadi saya pada 24 Februari,saya terima hadiah misteri dari Pos Laju Malaysia.Saya ingin tegaskan bahawa Pos Laju hanyalah pengantara si dia dan saya.>_< Cukup teruja saya ingin membuka bungkusan hadiah itu.Sejurus pulang ke rumah saya dapati bungkusan itu ada di ruang tamu.Saya capai bungkusan itu dan berlari riang ke bilik dan bawa ia ke dalam dakapan. "Finally,it arrived!Thank you dear" Saya buka ada 2 hadiah dalam tu.Saya buka lagi rupanya 5 dalam satu...Hadiah pertama saya dapat sekotak set kerongsang dan jarum peniti dan hadiah kedua saya dapat set beg galas serta beg simpan alat mekap serta beg tangan. Dan tidak terduga saya akan dapat sekeping kad hari jadi. Tulisan tangan si dia benar buatkan saya cukup terharu ...