Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

ISTIMEWA FEBRUARI

Assalamualaikum Alhamdulillah bulan Feb 2018 istimewa kerana semalam Januari berlalu dengan fenomena alam iaitu gerhana bulan.Subhanallah...cantik sangat cahaya bulan yang sementara. Allah jadikan fenomena ini,bulan dan matahari berada di garisan yang sama.Maka,rugilah mereka yang sembah matahari dan bulan kerana kedua-duanya hanyalah makhluk Allah.Hebatnya Allah ciptakan fenomena ini memperlihatkan kekuasanNya yang mengatur urusan alam semesta.Seandainya matahari yang besar dan bulan yang indah itu boleh taat kepada perintah Allah,maka semestinya kita hamba yang kerdil kena taat kepada Allah. Syukur,Allah beri kekuatan kepada insan yang mendirikan solat sunat gerhana bulan semalam.Moga Allah himpunkan kita di syurga nanti. Saya dan sekeluarga berpeluang mendirikan solat sunat ini di masjid berhadapan Kuantan City Mall.Hidup kita singkat sahaja di dunia ini.Fenomena ini adalah satu kesempatan untuk kita tambahkan iman dalam diri.Usai jemaah solat.Kami dihidang dengan nasi lauk...

SELAMAT DATANG 2018

Assalamualaikum Alhamdulillah...syukur saya melalui awal tahun 2018 dengan baik. Pertama sekali,saya berjaya hantar hardbound thesis ke fakulti tersayang Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Yeayyyyy! I did it! No,I should say We Did It!!!! Terima kasih kepada supervisor saya,Umi Abah saya dan teman-teman rapat saya yang kenal jatuh bangun hidup saya tapi masih setia menjadi seorang penyokong. Tahun 2018 bermula perjalanan hidup saya sebagai pelajar praktikal di Jabatan Perangkaan Malaysia Pahang yang terletak di bangunan Wisma Persekutuan.Hari ini baru masuk minggu kedua dan semestinya saya sentiasa menghitung waktu untuk menggenggam segulung ijazah sarjana muda.InshaAllah Saya dapat inspirasi dan motivasi daripada insan hebat yang saya kasihi. Ustaz Syafwan,jurulatih debat arab saya memberi beberapa mutiara kata buat saya bekalkan sebagai bakal graduan. Saya pergi ke pejabat beliau di Pusat Pengajian Teras.Mencari nama beliau di sebalik pintu staf...Haha pertama kali ...