BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Alhamdulillah..Hari ini adalah hari ketujuh saya dan teman2 seperjuangan harungi minggu bahasa.Sekejap je masa berlalu,hari ni bersamaan dengan 8 Ramadan.Berpuasa jauh di perantauan memang tak sama dgn berpuasa di rumah.Kat Kolej Kediaman Satu,kafe dibuka pukul 5 untuk para pelajar buat pesanan makanan.Hanya makanan yang dipesan je yang akan dimasak.Barangkali pihak kafe ingin mengelakkan pembaziran.Tapi bagi pelajar yang nak berbuka dengan aneka makanan yang sedap lagi unik,kat bazaar ada semua tu.Bazaar yang terdekat di hadapan Masjid Putra Nilai.Cuma harga up sikit la..maklum la bulan puasa..demand tinggi,thats why price increase.. Sepanjang bulan puasa ni,solat sunat terawih diadakan di surau KK1.Bagi pelajar yang ada kenderaan boleh la ke masjid.Kat sini kitorang dirikan 8 rakaat solat sunat terawih diikuti dgn solat sunat witir 3 rakaat.Selepas 4 rakaat solat sunat terawih,ada tazkirah.Alhamdulillah...ada pengisian rohani.Bulan puasa ni...