Skip to main content

Posts

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.
Recent posts

30 TAHUN

 Alhamdulillah  Kembali menulis setelah sekian lama. Tahun ini saya memasuki umur 30 tahun. Dulu saya fikir pada umur ini segala dah stabil. Salah gaisss... Tidak semua keinginan dan impian tercapai mengikut tahap umur. Kita rancang, Allah Yang Maha Mengetahui yang terbaik. Saya fikir pada umur 30 akan ada anak 2 orang...hehe...belum rezeki. Suami kata InshaAllah nnt Allah bagi pada masa yang tepat. Tahun ini urusan di pejabat sangat menuntut komitmen yang tinggi. Jabatan Perangkaan Malaysia melaksanakan Banci Pertanian 2024. Ahli isi rumah dan pertubuhan yang terlibat dalam sektor Pertanian akan dibanci. Boleh layari portal Banci Pertanian 2024 untuk maklumat lanjut. Apa yang saya syukuri... Suami yang memahami...teruskan sabar ya my dear Keluarga yang beri semangat Teman-teman sekerja baharu yang saya kenal semasa kursus SCDP. Nanti klu saya rajin saya kongsikan perincian kursus Kesihatan yang baik Kereta yang selesa Rumah sewa yang dekat...nnt klu dpt kuarters lagi dekat......

KISAH ABAH SAYA

Hari ini saya kongsikan kisah abah saya. Sewaktu saya sedang dalam persiapan untuk kahwin, Allah uji abah dengan sakit mata. Abah tengah mesin rumput depan rumah, tiba-tiba ada batu kecil terkena mata abah. Kami igtkn hanya terkena, cuma terpelanting rupanya masuk sampai tembus ke dalam bebola mata. Sakitnya hanya abah yang rasa. Masa di hospital, abah pesan kat saya "Takpe Kakya fokus persiapan untuk nak kahwin je. Nanti hari akad nikah abah boleh datang. Doktor kata lepas operate okay dah." Dalam hati saya "Ya Allah, aku nak abah je jadi wali akad nikah nanti. Tapi jika ketentuanMu abah kena rehat masa itu, aku redha". Walaupun abah tgh sakit, abah xnak saya risaukan. Sebab hari besar saya akan lalui iaitu majlis akad nikah. Alhamdulillah, Allah izin abah boleh hadirkan diri untuk nikahkan saya dengan pasangan. 27 tahun saya dalam jagaan abah kini abah amanahkan untuk dijaga suami. Masa nak nikahkan abah agak gugup tersasul nama saya Wan Nuraliya Binti Afifah. Hah...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

BERKONGSI KEHIDUPAN

 Alhamdulillah Pada waktu ini ada kesempatan untuk menulis. Sebenarnya sebab dah lama tak tulis blog rasa rindu nak mengukir catatan kehidupan. Hehe...alkisahnya saya nak kongsikan kisah saya dan Special1, suami tercinta. Bila dah berkahwin, hidup sebumbung baru lah benar-benar mengenali pasangan kita. Masa bercinta semua indah belaka haha. Masa dah kahwin baru nampak perangai sebenar masing-masing. Pertama sekali, saya bersyukur tidak ldr lagi. Kami sentiasa ke mana-mana bersama (kecuali pergi tandas la klu qadha hajat >_<). Hidup berdua memang kena banyak toleransi sebab dua dunia bergabung bawah satu bumbung. Bukan mudah rupanya nak jadi isteri solehah taat suami sebab kadang saya ni degil =P Mujur suami banyak sabar. Dia sabar dgn saya, saya pun cuba sabar dengan dia. Kena fair and Square. Kena give and take. Ada masalah kena share, discuss jgn pendam sorg2. Hidup berdua kena jadi mcm satu team. Menang sama2, kalah pun sama2 gituhh.. Sentiasa doa biar rumah tangga selalu ...

Jalan-Jalan Dataran Pontian

 Alhamdulillah  Hari ini saya dan Mr Special1 aka Mr Suami hehe dapat jalan-jalan di Dataran Pontian. Kebiasaan balik kampung mertua di Pontian Johor xdan nk singgah. Hari ini selepas sesi berunding dengan suami hahahaha suami setuju untuk bawa saya jalan-jalan situ. Terima kasih suami. Pejam celik2x dah 7 bulan kahwin. Alhamdulillah.  First time naik beam...skuter elektrik hihi Suami isteri kena saling memahami, saling membantu, saling mendoakan dan sering solat jemaah. Moga Allah sentiasa melimpahi rahmatNya. Tahun ini kami pertama kali beraya di Kelantan bersama. Minggu lepas kalau ikutkan kalendar raya hari Selasa tau sekali pengumuman ank bulan sudah kelihatan lalu raya jatuh pada hari Isnin. Kelam kabut gaiss siap2 btolak Ahad mlm blk Kelate. Hampir seminggu beraya, kali ini balik Pontian pulak. Moga kami murah rezeki sentiasa dengan menjaga hubungan silaturrahim. Amiin.

Hari Lahir ke-28

Assalamualaikum. Alhamdulillah Masih ada ruang waktu berkongsi penulisan di laman blog ini. Saya semakin bertambah usia seiring dengan bertambah timbangan kilogram..haha. No worries..April nanti siang hari saya tak makan (sbb puasa Ramadan yer) ^^ Tahun 2022 membuka tirai baru dalam hidup saya. Dahulu sebagai seorang anak, seorang kakak, kini bergelar seorang isteri. Perubahan ketara dapat saya rasakan. Pada awalnya untuk menyesuaikan diri sebagai isteri dan tambahan pula kerjaya baru. Saya baru melaporkan diri sebagai Perangkawan di Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya. Syukur rezeki ditawarkan lantikan tetap setelah sekian lama jadi calon simpanan. Ada orang kata rezeki kahwin. Saya percaya bila namanya rezeki sudah tertulis, tiada siapa dan apa dapat halang kurnianNya. Selagi kita usaha, ikhtiar dan doa mesti Allah bagi. Think positive! Mendapat pasangan yang baik juga rezeki. Terima kasih Encik Suami kerana menerima diri ini apa adanya. Sambutan Hari Lahir 24.02.2022 sederhana tap...