Alhamdulillah Hari ini saya dan Mr Special1 aka Mr Suami hehe dapat jalan-jalan di Dataran Pontian. Kebiasaan balik kampung mertua di Pontian Johor xdan nk singgah. Hari ini selepas sesi berunding dengan suami hahahaha suami setuju untuk bawa saya jalan-jalan situ. Terima kasih suami. Pejam celik2x dah 7 bulan kahwin. Alhamdulillah. First time naik beam...skuter elektrik hihi Suami isteri kena saling memahami, saling membantu, saling mendoakan dan sering solat jemaah. Moga Allah sentiasa melimpahi rahmatNya. Tahun ini kami pertama kali beraya di Kelantan bersama. Minggu lepas kalau ikutkan kalendar raya hari Selasa tau sekali pengumuman ank bulan sudah kelihatan lalu raya jatuh pada hari Isnin. Kelam kabut gaiss siap2 btolak Ahad mlm blk Kelate. Hampir seminggu beraya, kali ini balik Pontian pulak. Moga kami murah rezeki sentiasa dengan menjaga hubungan silaturrahim. Amiin.